ONLINE USERS ON THIS BLOG

JUST CLICK HERE FOR ADD MY FB AND TWITTER :)   

//super awesome !
ME


Name : FARAH HANI
Nicknames : FARAH ,HANI,RARA,ARA
Birthday : 23 JANUARY 1995
State : JOHOR
Status : -

ABOUT ME;
#AKU MEMANG SENGAJA TAK NAK DELETE POST LAMA-2 BIAR LAH JADI KENANGAN MASA AKU GILA-GILA DULU HIHIKS~ ☆ GARANG
☆ MANJA
☆ KUAT MERAJUK
☆ SUKA MENANGIS UTK HAL YANG REMEH
☆ LOVE FAST FOOD
CHAT

>



cinta jarak jauh ,akhirnya bertemu

assalamualaikum .hai dear readers.. how are you? im just fine.

i would like to share about my holiday  4 days 3 night. ngauMM~

hari ahad (10 /feb/13) hari tahun baru cina

aku bertolak dari rumah and shoot to Pahang sebab ada kenduri rumah sedara mak aku.
kat sana memang thrill. dah lah masuk dalam kampung then hujan lebat. menguji emosi betul haha.
tapi best sekali sekala masuk tempat- tempat macam tu. cuma majlis tu tak berapa meriah. tak tahu kenapa (jangan tanya aku).
=.=

petang tu lepas kenduri kawin tu, shoot to Kuala Terengganu.
 kan otw to kuala terengganu kan lalu kemaman, aku boleh pulak tiba-tiba ternampak tempat belajar bekas pacark ku.hahaha jadah betul..
then abang aku and mak aku usik aku pasal dia. =,= hampir aku nangis. huwaaa~
aku tak suka pergi kemaman. benci
then aku sampai dalam 6 lebih petang bermalam kat kuala terengganu. malam tu kat dataran dia ada pesta thai. huwaa.. best-best.

hari isnin  (11 feb 2013)
shoot to kelantan selepas mak aku membeli baju batik .
 dekat seribu juga dia habis untuk 2 helai baju. =.= mahal nya baju batik
. tapi aku tak suka. mak aku kerja tanya "farah nak ke tidak?" warghh.. aku ta mungkin pakai.hahaha then sampai kat kelantan dalam pukul berapa aku tak ingat. time tu aku call khey
sebab nak suruh dia tunjuk arah jalan hotel..sebab dia yang booked kan hotel tu.

 dalam gps pun tak boleh detect location tu. then aku call and call, dia kata dia kat tempat lain,
aku tunggu tempat lain. dekat 10 minit tunggu , then abah aku bising. abah aku memang tak suka menunggu,then abah aku call hotel tu then minta direction. then khey call , dia kata dah nampak kereta aku. hoh.. alhamdulillah. then kami terus ikut dia.

then bila sampai hotel dia salam abah aku and minta maaf sebab salah information. sebenarnya kami yang salah tempat. then dia borak dengan abah. then abah aku masuk dalam hotel untuk settle kan bayaran aku borak dengan khey  aku borak dengan khey 1 meter jaraknya and ada 1 pokok bunga lagi . hahaa jauh kan? mama aku pun cakap kat aku, "jauh nya borak." hahahha..then khey ajak papa aku datang rumah dia . aq dah cakap dengan khey jangan berharap sangat kami datang  sebab papa tegas . eh tak alih-alih dalam kereta masa nak pergi rumah keluarga sebelah mama aku, papa kata "malam esok kita pergi rumah bf farah okay?"  aku terus msj khey kata nak pergi. hahaa khey sangat excited.

hari selasa (12 feb 2013)
pagi-pagi tu bangun awal siap siap semua time for shopping . kami pergi ke pengkalan kubor.
aummm lepas shopping tu semua , pergi rumah kawan papa kat Meranti,
 ala... area pasir puteh tuu..kawan dia masa sama kat maktab tentera diraja dulu.
uncle tu baik sangat. dia pandai masak.. hahaha seboleh-boleh dia nak masak mee goreng.
sebab time tu isteri dia tiada sebab pergi pengkalan kubor jugak
. hahaha. then sembang-sembang, balik tu shoot to kampung laut,
 pergi rumah auntie and kawan mama. seriously mengantuk sangat. sebab kena hujan panas.
kepala pening-pening time tu. haha. then dah habis ziarah semua orang balik ke hotel.
 hahaha seriously kelakar.

 nak balik hotel je mesti sesat tak jumpa jalan and perlu call khey untuk dapat direction ke hotel.
then sampai hotel, mandi, solat, rehat semua, kemudian bersiap untuk pergi rumah khey malam tu. nervous sey..
 then dah siap, khey tunggu depan hotel, dia drive kiteorg ikut daripada belakang sampai ke rumah dia. sampai rumah dia, waaaa...
ramai anak buah dia yang selalu webcam dengan aku , panggil aku "kak farah ,kak farah" hahaha lagi- lagi adam.
 adam memang rapat sikit dengan aku. aku paggil dia "adam musyuk " then dia balas " kakak musyuk"  

then aku tolong umi khey kat dapur. hahaha aku nak tolong tapi umi dia kata tak payah, sebab dia kekok kalau orang tengok dia buat kerja,lagi -lagi aku tetamu
. then aku degil, aku cakap "nak angkat ape ni?", umi dia kata , "haaa angkat lah tu" aku pun angkat. then masa kat ruang tamu dalam tu, aku sempat bergambar  dengan dia. hahahaha so sweet..



picture ni adik khey yang cun melecun tu yang tolong snap kan.


then dah selesai makan tu aku dengan khey keluar rumah , kitaorang borak- borak then call anis. haha anis jealous sangoott.. hahaha. then kami snap picture banyak -banyak  lepas tengok rabbit khey. huwaa...


















*keterlampauan hahaha


* sorry lah aku putih sangot flash ni pun adododoy =,=


then aku pun balik hotel, khey hantar kami sampai ke hotel, takut sesat lagi .haha.then sembang depan hotel tu lama jugak. then khey balik.


hari rabu (13 feb 2013) sedih

pagi tu khey dah datang hotel sebab kami terus nak check out. seriously sedih. cuma tak tunjuk.  kami dah masuk kan barang dalam kereta then aku suruh mama amik kan  pix 

  hari last kami dapat berjumpa 


then kami shopping at bazar kubu buluh ke bbiey? lupa lah yang dekat pasar siti khadijah. then kat sana mama beli lagi baju batik kat situ. pun dekat seribu lagi -,-. shopping sakan mama kat dua ribu je baju batik.
aku just beli tudung half moon 2 helai . sehelai kat ganu, sehelai kat klate . haha.. baik kan aku? keh3.~

lepas habis shopping tu terus shoot balik rumah. pukul 12.30 a.m sampai. laju papa bawak kereta ..hahaha rempit..!

then sampai rumah , aku siap kacau kucing and rabbit, aku mandi terus call khey. then aku menangis sebab rindu dia.


hahaha thats all from me.. penat woh taip.. k wasalam~