ONLINE USERS ON THIS BLOG

JUST CLICK HERE FOR ADD MY FB AND TWITTER :)   

//super awesome !
ME


Name : FARAH HANI
Nicknames : FARAH ,HANI,RARA,ARA
Birthday : 23 JANUARY 1995
State : JOHOR
Status : -

ABOUT ME;
#AKU MEMANG SENGAJA TAK NAK DELETE POST LAMA-2 BIAR LAH JADI KENANGAN MASA AKU GILA-GILA DULU HIHIKS~ ☆ GARANG
☆ MANJA
☆ KUAT MERAJUK
☆ SUKA MENANGIS UTK HAL YANG REMEH
☆ LOVE FAST FOOD
CHAT

>



cerita sepanjang minggu ini ..hee~

okay aku start dengan hari isnin.
seperti yang korang semua tahu aku demam sepanjang minggu sampai ke hari ini.. sebagai KETUA PENGACARA MAJLIS, setiap hari isnin aku yang kena jadi selain aku , ada lagi seorang...kira dia kena backup lah kalau aku tak datang ke whateverlah? nak dijadikan cerita..cikgu suruh aku jadi pengacara majlis pada hari isnin haritu, dengan ada majlis pengawas lagi. memang lah penat dalam keadaan demam2 pun.. ya allah.. suare aku macam apa dah..tapi bila aku tanya mereka semua, diaorang kata okay je. Yang lagi best , dayah gi cakap kat fatin "cun farah harini" hahahaha fatin cerita kat aku lah.. then fatin kate yang aku tengah tahan sakit..haha. kembang i sekejap. kih3.. yang lagi best nya, sijil pengawas aku hilang okay? makhluk tuhan yang kurang berguna mane tah mencurik sijil aku.. choy btul.. kat rumah kau takde sijil ke nak amik2 aku nyer...uwaaa... macam orang gila aku cari.. :(

hari selasa:
hari selasa macam tade ape yang berlaku.. cuma kena sambut cikgu2 dari sekolah luar untuk pergi bilik persidangan untuk meeting ... then ada practise drama ..drama apa? CINDERELLA. omg.. comel gila drama ni. jangan tanya siapa cinderella dia okay. paham2 sendiri.miaahaha.

hari rabu: haha ini slot best sikit..
waktu hari rabu haritu ada latihan rentas desa..lepas je tamat merentas desa tu terus hujan... dalam 4.30 jugak. cikgu terus suruh balik. tapi aku dengan fatin lepak kat tepi kantin..tiba2 muncul lah seekor makluk tuhan yang bernama encik KATAK!! OMG~ aku mnjerit *tak kuat okay. and kau tahu apa fatin buat? kau tengok gambar kat bawah ni
macam itu lah dia buat.. dia tadah air hujan then dia curah atas katak...ya allah..meremang bulu roma aku.dia tak geli dengan katak.. gila lah.... katak tu serupa dengan katak yang dalam gambar kat atas.hee.

hari khamis :
hari yang bosan pada waktu pagi sebab fatin tak datang.. aku dengan faz je.. selalu kan bertiga.. ni berdua je..
petang :
kiteorang ade bola jaring.cikgu2 semua meeting. kunci store sukan takde pulak..tak tahu kat siapa so daripada duduk2 je bosan kan.. aku ajak fatin najwa 5RE lari.. aku lari 4 keliling padang.. fatin tak larat..aku lari dengan budak form 3.

jumaat:
hari itu hari merentas desa.. 5 KILOMETRE. hahaha separuh nyawa aku lari.. dapat no 34 bagi p18. hahaha .. okey ler tuh kan.. balik dalam pukul 11... pukul 3 datang sekolah balik..sebab kena paksa masuk pantun peringkat daerah.. hurm. harap2 lah okay2 sahaja. setakat ini aku okay je.pertandingan hari rabu ini..
nak dengar cerita tak? tapi jangan muntah okay. ada group budak bawah aku kan dye org kate muka aku macam erra fazira? oh god.. kembang semangkuk aku.. tapi aku rasa tidak. sebab erra tu lagi lawa n kurus.. hahaha aku? tak kurus. cuma tinggi .hehe.then abg kantik dok panggil aku cinderella..sbb dia tahu aku jadi cinderella masa drama nnt lagi 2 weeks. aaa serammmm~

k lah..penat menaip harini.. bubye.. salam~